skj18.zoom-a.com
SK (lktp) JENGKA 18,26400 BANDAR JENGKA, PAHANG.
Tel : 094852700, Faks : 094852700
e-mel : skjengka18_9138@yahoo.com.my

| LAMAN UTAMA | SEKAPUR SIRIH | SEJARAH | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE |


SELAMAT DATANG. SILA ABADIKAN KATA-KATA/PENDAPAT/KOMEN ANDA DI BUKU PELAWAT. KESUDIAN ANDA DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH


UPSR telah tamat. Semoga kejayaan milik semua pelajar. AMIN

WARGA SKJ18


MAKLUMAT TERKINI

Terima kasih kerana sudi melayari laman web kami.
SUKAN TAHUNAN SK JENGKA 18 TAHUN 2012 AKAN DIADAKAN PADA 27 SEPTEMBER 2012.

SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA


Selamat Belajar
MASA DEPAN ANDA BERMULA DI SINI
.


Maran, Chenor, Temerloh, Bera, Jerantut
[Tukar Lokasi]

  GMT   8
 Arah Kiblat   292° 19′ 16″
Waktu Solat
  Imsak     5:35
  Subuh     5:45
  Syuruk     7:07
  Zohor     13:08
  Asar     16:31
  Maghrib     19:04
  Isyak     20:19
 

KEJAYAAN / KECEMERLANGAN...

Dicipta oleh insan biasa, dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa, dibimbing oleh guru biasa, memiliki kecerdasan biasa, yang berusaha secara luar biasa...fikir-fikirkan

 
 
SEKADAR RENUNGAN BERSAMA
1.Apakah yang anda perlu tahu berkaitan dengan jangkitan pernafasan?

Terdapat beberapa jenis jangkitan pernafasan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat iaitu

* Seasonal Flu / selesema bermusim/ influenza like illness (ILI)

1. Disebabkan oleh pelbagai jenis virus influenza yang telah sedia ada di dalam persekitaran
2. Gejala utama adalah demam dan batuk atau sakit tekak serta hidung berair, hidung tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil (chills) dan keletihan. Gejala-gejala ini juga dikenali sebagai gejala influenza-like-illness (ILI)
3. Kebiasaanya jangkitan ini sembuh dengan sendiri dalam tempoh dua minggu dan pesakit akan memperolehi imuniti terhadap jangkitan ini
4. Jangkitan ini adalah lebih berbahaya jika ia berlaku dalam kalangan inidividu yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asthma, diabetes, penyakit paru-paru kronik , obesiti dan kegagalan organ.

JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

5 WASIAT DARI ALLAH KEPADA RASULULLAH S.A.W

 "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah  memberikan  lima wasiat, antaranya : janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya  Aku tidak  menjadikan dunia ini untuk engkau.  Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.  Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak  ada  kuasa di tangan mereka. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.  Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya  tahu  mereka itu  adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada  saya, yang akan membuat  saya takut  kepada Allah S.W.T.   Lalu  mereka  berkata,  "Kami  wasiatkan     kepada kamu 7 perkara, iaitu :  Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.  Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.  Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim  janganlah  kamu  harapkan  sangat kelurusan agamanya.Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Maklumat di Hujung Jari

Seksaan Teringan

 
Rasulullah S.A.W bersabda:

"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".


- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Jengka 18 tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

      

Lokasi




Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: